Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Elektronik (R03)

PENGENALAN PROGRAM:
Program ini merupakan lanjutan pengajian yang menggabungkan pengalaman praktikal dengan aplikasi elektronik yang dibina di atas asas pengetahuan teori yang kuat. Pelajar akan berketrampilan untuk menguji, memasang, dan menyelenggara peralatan dan sistem elektronik, mengurus risiko, menganggarkan dan menguruskan projek, dan memberikan nasihat teknikal.
Pelajar juga akan mendapat kemahiran dalam merekabentuk sistem kawalan elektronik, pengaturcaraan dan antaramuka mikropengawal, pengujian dan pentauliahan sistem elektronik analog dan digital, pengaturcaraan grafik dan melaksanakan simulasi menggunakan pelbagai pakej perisian kejuruteraan.

 

TEMPOH LATIHAN:

2 tahun 6 bulan (4 semester pengajian, 1 semester latihan industri)

 

KELAYAKAN AKADEMIK:
Memiliki Diploma Teknologi JTM dalam bidang Elektronik ATAU Diploma Teknologi atau Diploma lain yang setaraf dengannya atau (SYARAT WAJIB) memiliki Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 dalam bidang EE-021-4:2012 Pembangunan Produk Elektronik

 

PERSIJILAN
1. Diploma Lanjutan Teknologi Kej. Elektonik ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)-Pengiktirafan JPA.
2. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5 EE-021-5:2012 Electronic Product Design & Management ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

 

STRUKTUR PROGRAM

Kurikulum Diploma Lanjutan Teknologi Elektronik memberi tumpuan kepada teori khusus, amalan khusus dan pengurusan kejuruteraan termasuk kursus tambah nilai Bahasa Jepun (Komunikasi). Bidang-bidang pengajian termasuk:

Semester 1

  • Islamic Science Philsophy
  • Engineering Mathematics
  • Quality Management
  • Japanese Communication I
  • Microelectronics
  • Electronic System
  • Practice On Virtual Instrument
  • Practice On Electronics Design
  • Project Management

Semester 2

  • Nationality
  • Health & Safety Management
  • Research Methodology
  • Engineers In Society
  • Entrepreneurship
  • Japanese Communication Ii
  • Power Electronics Technology
  • Aumtomation & Industrial Design
  • Practice On Calibration Techniques
  • Practice On Power Electronics Technology Tech.
  • Operation Management
  • Hak Pekerja

Semester 3

  • Optical Electronics
  • Sensor & Sensing Processes
  • Electronics Instrumentation
  • Measurement System
  • Control System I
  • Practice On Sensor And Sensing
  • Practice On Microcontroller Technology
  • Final Year Project I
  • Practice On Electronic Principle

Semester 4

  • Linear System Theory
  • Digital Signal Processing
  • Control System Ii
  • Practice On Plc Networking
  • Practice On Data Acquisition System
  • Practice On Process Control System
  • Final Year Project Ii

Semester 5

  • Industrial Training (6 months)

 

KEMUDAHAN MAKMAL:

  • PLD Lab
  • Telecom & PBX Training Lab
  • Makmal Analog
  • Makmal Power Electronic
  • Electrical Workshop
  • Makmal Digital
  • Makmal Troubleshooting
  • Makmal PCB Fabrication
  • Bilik PCB
  • Dark Room PCB
  • Drilling Room
  • Makmal Electronic Design Assistance (EDA)
  • Makmal AMS
  • Makmal Simulation
  • Makmal Microcomputer

PROGRAM SEPENUH MASA

PELUANG KERJAYA:

Graduan-graduan yang telah menamatkan pengajian di dalam program ini dengan jayanya berpeluang untuk bekerja di dalam pelbagai bidang atau industri seperti pembuatan elektronik, perkhidmatan dan peralatan elektronik, sistem sekuriti, perunding jualan peralatan elektronik, pentadbiran dan penambahbaikan sistem dan kemudahan elektronik di dalam perusahaan kecil, sederhana atau besar.

 

PINJAMAN LATIHAN
Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).

 

© Hakcipta Terpelihara 2021 Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)
  • Dikemaskini: Isnin 06 Disember 2021.
2480 Jumlah Pelawat