DIPLOMA LANJUTAN TEKNOLOGI KOMPUTER (LIKS45)

PENGENALAN KURSUS:

Diploma Lanjutan Teknologi Komputer akan menyediakan dan memberikan pelajar dengan kemahiran-kemahiran yang berikut:

  • Mengurus, menyusun dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pelan pembangunan projek, sokongan teknikal, pemasangan dan penyelenggaraan sistem yang merangkumi pengurusan penyimpanan, keselamatan, pemulihan sistem dan rangkaian.
  • Mahir dalam menggunakan dan mentadbir sistem operasi Open Source dan Windows yang berasaskan dengan pengaturcaraan shell dan membiasakan dengan pengaturcaraan tahap sistem Open Source seperti pemandu peranti dan pembangunan antara muka.
  • membangunkan sistem “embedded” melibatkan sistem operasi masa nyata dan aplikasi dalam teknologi komunikasi.
  • Pembangunan aplikasi web termasuk penyelenggaraan dan pentadbiran

 

TEMPOH LATIHAN:

1 tahun 6 bulan (2 semester pengajian, 1 semester latihan industri)

 

KELAYAKAN AKADEMIK:

Memiliki Diploma Teknologi JTM dalam bidang Komputer ATAU Diploma Teknologi atau Diploma lain yang setaraf dengannya atau (SYARAT WAJIB) memiliki Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 dalam bidang IT-020-4 : 2013 Computer System Administration

 

PERSIJILAN:

  1. DIPLOMA LANJUTAN TEKNOLOGI KOMPUTER ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM) 
  2. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 5 IT-020-5 : 2013 Computer System Management ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

 

STRUKTUR PROGRAM:

Kurikulum Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Komputer memberi tumpuan kepada teori khusus, amalan khusus dan pengurusan kejuruteraan. Bidang-bidang pengajian seperti di bawah:

Semester 1

  • Network Maintenance
  • Computer Asset Management
  • Cyber Security Management
  • Standard Operating Procedure Management
  • Final Year Project I
  • Research Methodology
  • Japanese Communication
  • NCS Core Ability 5

Semester 2

  • Computer Network Project Management
  • Disaster Recovery Management
  • Final Year Project II
  • Industrial IoT
  • English Communication
  • Kenegaraan

Semester 3

  • Industrial Training (6 months)

 

PELUANG KERJAYA:

Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, pelajar boleh mencari

peluang pekerjaan seperti:-

  • Jurutera Sistem
  • Jurutera Sokongan Sistem
  • Penganalisis Sistem
  • Pentadbir Pangkalan Data
  • Jurutera Sekuriti Komputer

 

PINJAMAN LATIHAN

Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).

PROGRAM SEPENUH MASA

© Hakcipta Terpelihara 2021 Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)
  • Dikemaskini: Isnin 06 Disember 2021.
2456 Jumlah Pelawat