Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (J14)

 

PENGENALAN KURSUS:

Kursus ini direka untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam aktiviti merekabentuk, pemprosesan, mengendali dan mengurus sistem dan peralatan yang digunakan dalam teknologi pembuatan. Ia terdiri daripada tugas-tugas yang merangkumi konteks sejajar dengan pembangunan industri terkini. Pelajar akan mempelajari lukisan asas dan lanjutan dan reka bentuk (CAD/CAM) yang berkaitan Kejuruteraan, menggunakan mesin konvensional dan CNC melibatkan Mesin Kisar, Mesin Larik dan Mesin Canai, EDM Die Sinking dan Wire Cut. Di samping itu, pelajar juga akan mempelajari subjek penyeliaan, pengurusan dan mata pelajaran am seperti Fizik, Aplikasi Komputer, Matematik, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam. Pelajar akan menggunakan semua pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam membangunkan Projek Tahun Akhir dan menjalani Latihan Industri pada akhir semester. Pelajar juga perlu terlibat dengan aktiviti-aktiviti tambahan dan kurikulum dan sukan. Pelajar akan dilatih untuk dapat merekabentuk dan membangun atau mengubah dan meningkatkan sistem atau peralatan yang digunakan dalam proses dan industri pembuatan serta mematuhi peraturan keselamatan dan prosedur yang ditetapkan.

 

TEMPOH LATIHAN

3 tahun (6 semester)

 

KAEDAH LATIHAN

Bagi peringkat diploma, latihan berteraskan kemahiran merangkumi 60% latihan amali dan 40% pengajaran teori.

 

KELAYAKAN MASUK:

 i) Warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 35 tahun.

ii) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya serta memenuhi syarat minimum berikut:

  • Kepujian Bahasa Melayu
  • Kepujian Matematik/ Matematik Tambahan
  • Kepujian Sains/ Sains Tambahan/ Sains Gunaan/ Fizik/ Kimia/ Teknikal /Vokasional
  • Mendapat satu kepujian dalam mana-mana mata pelajaran DAN
  • Lulus Bahasa Inggeris

iii) Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

 

PERSIJILAN

  1. Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM) - (diiktiraf oleh MQA ) Rujukan : MQA/FA 6209
  2. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 MC-050-4:2012 Coordinator Manufacturing ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

 

PELUANG KERJAYA:

Graduan-graduan yang telah menamatkan kursus ini dengan jayanya akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sewajarnya serta bersedia untuk memasuki bidang yang berhubung-kait dengan bidang pemesinan logam. Prospek pekerjaan yang boleh diceburi adalah seperti berikut

  • Manufacturing Technician
  • QC Technician
  • CNC Programmer
  • Machinist Technician
  • CNC Machinist Technician
  • Product Designer
  • CAD/CAM Designer
  • Penolong Pegawai Latihan Vokasional

 

PINJAMAN LATIHAN

Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).

PROGRAM SEPENUH MASA

© Hakcipta Terpelihara 2021 Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)
  • Dikemaskini: Isnin 06 Disember 2021.
2375 Jumlah Pelawat