Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer (J12)

PENGENALAN KURSUS:
Objektif Diploma dalam Teknologi Kejuruteraan Komputer adalah untuk menjana graduan menjadi :-
i. Berpengetahuan dan mahir di dalam bidang komputer.
ii. Mahir dalam mengendalikan komputer yang merangkumi teknik-teknik pembangunan perisian, sistem operasi, menubuhkan rangkaian kawasan tempatan dan tanpa  wayar,komunikasi data dan pembangunan pangkalan data.
iii. Mahir dalam memasang, menaik taraf, membaik pulih dan menyelenggara komputer.
iv. Berpengetahuan dalam perancangan strategik, pekerja motivasi dan prestasi peningkatan.
 

TEMPOH LATIHAN:

3 tahun

 

KELAYAKAN AKADEMIK:
Pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur diantara 17 hingga 35 tahun.
Keputusan SPM atau setaraf dengannya serta KEPUJIAN dalam 4 mata pelajaran berikut :
- Bahasa Melayu
- Matematik/Matematik Tambahan
- Sains/Fizik/matapelajaran teknikal
- satu mata pelajaran lain serta,
- LULUS Bahasa Inggeris

 

PERSIJILAN:

1. DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KOMPUTER ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM) -(diiktiraf oleh MQA ) No. Rujukan : MQA/FA6207
2. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 IT-020-4 : 2013 Computer System Administration ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

 

KETERANGAN KURSUS:

Diploma dalam kurikulum Teknologi Kejuruteraan Komputer memberi tumpuan kepada teori asas dan khusus, amalan asas dan khusus  serta pengurusan kejuruteraan komputer.

Teori & Praktikal :-

  • Computer Networking (Basic Networking, Advance Networking)
  • Computer Programming (C++, VB)
  • Database (Mssql)
  • Electronic (Digital Electronics, Basic Electrical and Electronic)
  • Operating System (Windows, Open Source)
  • Hardware (PC Assemble, PC Maintenance)
  • Web Application (Development & Services)
  • Data Telecommunication Engineering
  • Microprocessor
  • Microcontroller Technology
  • Software Development
  • IT Project Management
  • Multimedia Applications
  • Computer Security

 

PELUANG KERJAYA:

Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, pelajar boleh mencari peluang pekerjaan seperti:-

  • Penolong Jurutera Sistem
  • Pemprogram Komputer
  • Penolong Penganalisis Sistem
  • Juruteknik Sistem Komputer
  • Juruteknik Rangkaian Komputer
  • Penolong Pegawai Latihan Vokasional

PROGRAM SEPENUH MASA

© Hakcipta Terpelihara 2021 Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)
  • Dikemaskini: Isnin 06 Disember 2021.
2467 Jumlah Pelawat