Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik (J11)

PENGENALAN KURSUS:

Objektif  Diploma dalam Teknologi Kejuruteraan Mekatronik adalah untuk menjana graduan yang berkebolehan seperti berikut :-

  • Berpengetahuan dan mahir di dalam bidang Mekatronik.
  • Berketerampilan dalam menyelesaikan masalah dalam mengintegrasikan sistem elektronik, komputer dan mekanikal.
  • Berkemahiran dalam meyelenggara peralatan industri berteknologi tinggi.
  • Berkebolehan dalam merekabentuk sistem automasi dengan menggunakan sistem kawalan yang sesuai.

 

TEMPOH LATIHAN:

3 tahun (5 semester pengajian, 1 semester latihan industri)

 

KELAYAKAN AKADEMIK:

Pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur diantara 17 hingga 35 tahun. Keputusan SPM atau setaraf dengannya serta KEPUJIAN dalam 4 mata pelajaran berikut  :  
 - Bahasa Melayu

 - Matematik/Matematik Tambahan

 - Sains/Fizik/matapelajaran teknikal

 - satu mata pelajaran lain serta,

 - LULUS Bahasa Inggeris.

 

PERSIJILAN:

  1. DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKATRONIK ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM) - (diiktiraf oleh MQA ) No. Rujukan : MQA/FA6206
  2. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 MC-091-4 : 2013 Pentadbiran Kejuruteraan Automasi Industri – Industrial Automation Engineering Administration ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

 

KETERANGAN KURSUS:

Diploma dalam kurikulum Teknologi Kejuruteraan Mekatronik memberi tumpuan kepada teori asas dan khusus, amalan asas dan khusus  serta pengurusan kejuruteraan Mekatronik dengan kursus tambah nilai Bahasa Jepun.

Teori & Praktikal :-

  • Workshop Practice
  • Precision Measurement
  • Analog & Digital Electronics
  • Electric Motor Engineering
  • Mechatronics Engineering
  • Machine Maintenance
  • Pneumatics & Hydraulics Engineering System
  • Programmable Logic Control
  • Computer Aided Design & Drafting
  • Industrial Automation & Robot Application
  • Production System Engineering
  • Microprocessor & Microcontroller
  • Instrument Programming & Data Acquisition
  • Control Engineering
  • Supervisory & Production Planning & Control

 

PELUANG KERJAYA:

Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, pelajar boleh mencari peluang pekerjaan seperti:-

  • Penolong Jurutera Mekatronik
  • Pemprogram Mekatronik
  • Juruteknik Sistem Mekatronik
  • Juruteknik Penyelenggaraan Mesin
  • Penolong Pegawai Latihan Vokasional

PROGRAM SEPENUH MASA

 

© Hakcipta Terpelihara 2021 Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)
  • Dikemaskini: Isnin 06 Disember 2021.
2488 Jumlah Pelawat