Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik (J13)

PENGENALAN PROGRAM:

Program ini direka untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang kukuh dalam bidang elektronik dan teknik kawalan berasaskan kepada penggunaan teknologi elektronik terutama dalam bidang pengeluaran, pengukuran dan baikpulih.  Di samping itu pelajar juga diharap berketrampilan untuk:
- membuat pengujian, analisa kerosakan dan baikpulih peralatan elektronik.
- membuat pelbagai pendawaian elektrik 1 fasa dan menjalankan pengujian litar.
- merekabentuk, menganalisa litar elektronik dan membina papan litar bercetak (PCB)
- mengunakan PLC, sensor dan sistem hydraulic & pneumatik untuk pengawalan sistem automasi komplek.
- membuat pengaturcaraan dan merekabentuk sistem berasaskan microprocessor dan microcontroller.
- menjalankan ujikaji menggunakan sistem pengukuran berautomatik (automatic measuring system) melalui pengaturacaraan berasaskan objek / grafik.
- menjalankan latihan amali yang melibatkan sistem telekommunikasi.

 

TEMPOH LATIHAN

3 tahun (6 semester)

 

KAEDAH LATIHAN

Bagi peringkat diploma, latihan berteraskan kemahiran merangkumi 60% latihan amali dan 40% pengajaran teori.

 

KELAYAKAN MASUK:

i) Warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 35 tahun.
ii) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya serta memenuhi syarat minimum berikut:
• Kepujian Bahasa Melayu
• Kepujian Matematik/ Matematik Tambahan
• Kepujian Sains/ Sains Tambahan/ Sains Gunaan/ Fizik/ Kimia/ Teknikal /Vokasional
• Mendapat satu kepujian dalam mana-mana mata pelajaran DAN
• Lulus Bahasa Inggeris
iii) Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

 

PERSIJILAN

1. Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektonik ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM) yang diiktiraf oleh MQA - Rujukan : MQA/FA 6208.
2. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 EE-021-4:2012 Electronic Product Development ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

 

PELUANG KERJAYA:

Graduan-graduan yang telah menamatkan pengajian d dalam program ini dengan jayanya akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sewajarnya serta bersedia untuk memasuki bidang yang berhubung-kait dengan industri pengeluaran, pengukuran dan baikpulih elektronik. Prospek pekerjaan yang boleh diceburi adalah seperti berikut
• Technologist in Electronic Industry
• R & D Technician
• QC/QA Technician
• Penolong Pegawai Latihan Vokasional

 

PINJAMAN LATIHAN

Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).

PROGRAM SEPENUH MASA

© Hakcipta Terpelihara 2021 Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)
  • Dikemaskini: Isnin 06 Disember 2021.
2442 Jumlah Pelawat