Perutusan Pengarah

Image

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua Pensyarah dan warga kerja di Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI). Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pembangunan Laman Web Institut Teknikal Jepun Malaysia sehingga berjaya menyediakan satu platfom untuk rujukan kepada pengunjung dalam mendapatkan maklumat program dan aktiviti yang dijalankan di Institut Teknikal Jepun Malaysia.


JMTI adalah sebuah Institusi Latihan dan Pembelajaran yang berperanan dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian Negara. Institut Teknikal Jepun Malaysia sangat komited untuk memastikan segala maklumat yang berkaitan dengan Program Latihan dapat disampaikan dengan cepat, tepat dan berkesan, sekaligus memperkukuhkan dan memperkasakan lagi pengendalian Program Latihan selaras dengan perkembangan teknologi terkini.


Pembangunan dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi( ICT ) berupaya mengubah serta mencorak kehidupan manusia di mana-mana sahaja. Perkembangannya tidak dapat disekat dan berterusan mempengaruhi segenap bidang kehidupan manusia. Kita telah menunjukkan keupayaan di masa lepas dengan mengubah asas ekonomi daripada pertanian kepada perindustrian. Sekali lagi kita perlukan pertukaran ekonomi mengikut arus sejagat daripada ekonomi yang bergantung kepada buruh murah kepada yang berteraskan pekerja berilmu ( k-worker ).


Adalah diharapkan pekerja mahir yang bakal dikeluarkan nanti pada era teknologi maklumat dan globalisasi ini dapat mengamalkan ilmu dan menggunakan nilai-nilai moral serta etika dalam membuat keputusan dan tindakan. Ledakan teknologi maklumat pada masa kini menjadi pemangkin dalam melahirkan pekerja berilmu yang dapat dibekalkan kepada sektor industri dalam segenap bidang kemahiran teknologi tinggi.


Oleh itu, sebarang bentuk jalinan kerjasama amatlah dialu-alukan dan harapan saya agar kita dapat bersama-sama berganding bahu dalam usaha menjayakan Agenda Transformasi Negara dan pada masa yang sama membolehkan Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) wujud sebagai sebuah Institusi Latihan yang sentiasa unggul dan berdaya saing di masa akan datang.

Pn. Norliza Binti Yaakub
Pengarah
Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)
59, Lorong Perindustrian Bkt. Minyak 15,
Taman Perindustrian Bukit Minyak,
14100 Simpang Ampat, SPT,
Pulau Pinang.
No. Tel: +06-04-5087800 samb. 2501
No. Fax: +06-04-5087809
Email : norliza[@]jtm.gov.my

© Hakcipta Terpelihara 2021 Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)
  • Dikemaskini: Isnin 06 Disember 2021.
2391 Jumlah Pelawat