Kursus Jangka Pendek (Penjana Kerjaya 3.0) – COMPUTER NETWORKING

Image

COMPUTER NETWORKING

Kursus Jangka Pendek Computer Networking ini telah dijalankan selama 2 hari bermula pada 28 – 29 Mei 2022 yang bertempat di Makmal KNTS, Aras 1, Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI). Kursus ini dijalankan secara berbayar dan telah disertai oleh 3 orang peserta daripada pelbagai latar belakang. Para peserta didedahkan dengan kemahiran asas teori dan amali iaitu pengenalan kepada asas rangkaian komputer dan media rangkaian, pemasangan dan penyambungan kabel UTP dan juga kabel Fiber Optik sehingga ke pengujian penyambungan kabel rangkaian bagi sepanjang 2 hari berkursus. Program ini diuruskan oleh Bahagian Teknologi Kejuruteraan Komputer, JMTI. Pengajar yang terlibat untuk kursus ini adalah En. Mohd Suhaimi Bin Mahmud dan Pn. Waheeda Zuliana Binti Mustapha
© Hakcipta Terpelihara 2022 Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)
  • Dikemaskini: Jumaat 01 Julai 2022.
1894 Jumlah Pelawat