LAWATAN KOLABORASI JMTI bahagian Teknologi Kejuruteraan Mekatronik ke kilang BD Kulim

Image
LAWATAN KOLABORASI JMTI bahagian Teknologi Kejuruteraan Mekatronik ke kilang BD Kulim.
Lawatan ini telah diadakan pada 2 Jun 2022 bertempat di kilang BD Kulim dan disertai oleh 6 kakitangan JMTI.
Lawatan ini bertujuan untuk mempromosikan kursus-kursus jangka masa pendek yg terdapat di jmti. Bagi kursus predictive maintenance (vibration analysis) for rotating machinery, Bahagian Teknologi Kejuruteraan Mekatronik JMTI menawarkan kelas praktikal dijalankan di premis industri masing-masing supaya peserta mendapat gambaran yang sebenar tentang aktiviti pembelajaran. Bagi menarik minat pihak BD, satu ujian precision diagnosis telah dibuat terhadap salah satu mesin yang terdapat di sana.
Sesi penerangan pendek terhadap keputusan analisis getaran dilakukan dan laporan analisis diberi secara percuma.
© Hakcipta Terpelihara 2022 Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)
  • Dikemaskini: Jumaat 01 Julai 2022.
1844 Jumlah Pelawat