
Majlis Kolaborasi Strategik Tahun 2022 antara SMA MATSA dan JMTI
Majlis Menandatangani Kalaborasi Antara Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi) dan Sekolah Menengah Agama Maahad As-Syakhsiah Tahfiz Sains (SMA MATSA)
Pada 14 April 2022 telah berlangsungnya satu Majlis Menandatangani Kalaborasi Antara Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi) dan Sekolah Mengah Agama Maahad As-Syakhsiah Tahfiz Sains (SMA MATSA). Kalaborasi ini telah ditandatangani oleh Ustaz Usman Jaafar Al Marbawi (Pengasas / Mudir AM) dan Puan Norliza binti Yaakub (Pengarah JMTi). Antara kandungan kalaborasi tersebut adalah:
Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)
• Menyalur peluang dan promosi kepada pelajar lepasan MATSA untuk menyambung pengajian di JMTi; dan
• Penglibatan dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan.
Sekolah Menengah Agama Maahad As-Syakhsiah Tahfiz Sains (SMA MATSA)
• Menyediakan peluang kepada pelajar dan pensyarah menjalani latihan industri (LI);
• Membuka peluang pelajar JMTi sebagai tenaga pengajar MATSA dalam usaha membantu meningkatkan peratusan kebolehpasaran pelajar; dan
• Penglibatan dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan.
Diharapkan dengan termetarainya kalaborasi antara JMTi & SMA MATSA tersebut, hubungan erat antara institusi kemahiran & institusi tahfiz dapat disatukan dalam satu halatuju. Semoga kalaborasi ini dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak.





