Pertandingan Inovasi UEREKA INNOVATION EXHIBITOR



Pertandingan Inovasi UEREKA INNOVATION EXHIBITOR anjuran UNIKL MSI yang telah diadakan secara atas talian bermula 10 hingga 12 November 2021. Projek Shaker Machine dari Bahagian Teknologi Kejuruteraan Mekatronik, Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) telah mendapat pingat Gangsa.

Projek ini adalah hasil kerjasama pihak JMTI bersama dengan sebuah syarikat tempatan iaitu AKTY Technologies Sdn. Bhd. Hasil perbincangan bersama pihak JMTI dan syarikat AKTY telah membuahkan satu idea iaitu penambahbaikan proses penyucian produk yang berasaskan ferit. 

Produk berasaskan ferit yang baru selesai menjalani proses pemotongan, perlu dibersihkan dengan menggunakan bahan kimia isopropyl alcohol (IPA) bagi menghilangkan kesan bahan penyejuk pemotongan (coolant) dan gerigis (burr). Cucian dilakukan secara manual dimana wiremesh basket dipegang dan dikocakkan di dalam larutan isopropyl alcohol (IPA). Perkerja yang bekerja 8 jam sehari, pasti akan terdedah kepada kesan sampingan penggunaan isopropyl alcohol dan mengalami keletihan pada tangan setelah berterusan mengocak benda kerja. Masalah yang timbul adalah isu keselamatan pekerja, masa dan kualiti yang tidak konsisten semasa proses penyucian. 

Mesin ini mengunakan Ultrasonic generator untuk mencuci produk dan proses ayakkan menggunakan prinsip pergerakan cam and follower dan system dikawal oleh Programmable Logic Controller.  

Mesin ini telah diguna pakai di kilang AKTY Sdn Bhd dan produktiviti bagi proses penyucian telah meningkat sebanyak 20%.

© Hakcipta Terpelihara 2021 Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)
  • Dikemaskini: Isnin 06 Disember 2021.
2460 Jumlah Pelawat