Objektif

Objektif Jmti

Menjadi sebuah institut yang cemerlang dan unggul serta penggerak utama terhadap pembangunan teknologi termaju.

Merekabentuk dan membangunkan kurikulum serta melaksanakan program-program latihan sepenuh masa di bidang-bidang berteknologi tinggi termaju.

Menjadi pemangkin bagi mengukuhkan dan meningkatkan penyertaan aktif sektor industri di dalam program latihan yang dijalankan ke arah pembangunan sumber tenaga mahir.

Melahirkan teknologis industri yang mahir serta berpengetahuan kejuruteraan dan berkemahiran teknikal dalam bidang teknologi termaju juga mempunyai etika kerja serta disiplin yang tinggi.

Membantu industri tempatan khasnya Industri Kecil dan Sederhana ( IKS ) dalam memberikan bantuan dan tunjuk ajar serta latihan yang berterusan kepada pekerja industri dan khidmat nasihat teknikal untuk usahawan dan pengurus.

Fungsi

Untuk mencapai objektif tersebui, JMTi mengambil pendekatan dalam memenuhi tanggungjawab berikut:-

melaksanakan program latihan peringkat diploma sepenuh masa selama 3 tahun untuk pelajar lepasan SPM/SPMV di dalam bidang pembuatan. elektronik, komputer dan mekatronik.

melaksanakan program latihan jangka pendek/separuh masa untuk pekerja industri di semua bidang yang berkaitan.

Melaksanakan kursus, bengkel dan seminar dalam bidang penyeliaan dan pengurusan untuk penyelia dan pengurus.

Memberikan khidmat nasihat teknikal kepada usahawan dan pengurus khasnya dalam Industri Kecil dan Sederhana ( IKS ).