JULAI 1993
Cadangan membina JMTI oleh (Unit Perancang Ekonomi)EPU Jabatan Perdana Menteri.
APRIL 1994
Seramai empat orang dari Kumpulan "Japanese Basic Survey Team on JMTI Project" telah melawat ke Malaysia.
OGOS 1994
Perdana Menteri Jepun melawat Malaysia. Salah satu daripada agendanya ialah untuk membincangkan tentang penubuhan JMTI.
FEBRUARI 1995
Dua orang pakar sumber manusia dari Jepun iaitu En. Shoji Shiga dan En. Hideyo Shimazu telah dihantar ke Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengkaji keperluan penubuhan JMTI.
SEPTEMBER 1995
Lawatan ke Malaysia oleh "Japanese Preliminary Survey Mission Team" yang terdiri daripada sembilan anggota dan diketuai oleh En. Shioji.
JUN 1996
Tujuh anggota daripada Japanese Specialist Survey Mission Team yang diketuai oleh En.Masaharu Tanaka telah melawat ke Malaysia untuk kali yang ke-dua.
SEPTEMBER 1997
Japanese Implementation Study Team yang diketuai oleh En. Moriaki Nagae, melawat Malaysia. Lawatan itu disusuli dengan majlis menandatangani Record of Discussion (ROD) on Japanese Technical Coorperation on JMTI Project.
JANUARI 1998
Kerjasama teknikal antara negara Jepun dan Malaysia telah bermula secara rasmi.
JULAI 1998
Seramai 46 orang pelajar telah mendaftar di JMTI yang terdiri daripada pelatih ILP dan pelajar lepasan SPM/SPMV. Mereka telah mengikuti bidang Teknologi Kejuruteraan Elektronik (TKE) dan Teknologi Kejuruteraan Komputer (TKK).
JANUARI 1999
Pendaftaran pelatih baru dalam bidang TKE dan TKK. Mereka terdiri daripada pelajar lepasan SPM/SPMV sahaja.
JULAI 1999
Pendaftaran pelatih baru dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Elektronik (TKE), Teknologi Kejuruteraan Komputer (TKK), Teknologi Kejuruteraan Mekatronik (TKM) dan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (TKP).
Technical Advisory Committee (TAC) ditubuhkan untuk mengkaji semula program-program Diploma Teknologi bagi memenuhi keperluan industri Malaysia.
JANUARI 2000
Kakitangan JMTI berpindah ke Pulau Pinang. JMTI memulakan operasi di kampus tetap.
SEPTEMBER 2001
Majlis Konvokesyen yang pertama diadakan di JMTI. Seramai 25 orang pelajar berjaya menerima Diploma Kemahiran Teknologi bersama Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik dan Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer.