Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
Objektif
Objektif utama Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan ialah untuk mengajar kemahiran asas dan pengetahuan di dalam bidang mekanik dan pemesinan. Ia melibatkan kerja-kerja merancang, merekabentuk dan mengendalikan operasi pengeluaran. Selain itu, mengaplikasikan teknik-teknik dalam bidang pengurusan pengeluaran serta melatih pelajar menggunakan teknologi terkini, peralatan dan perisian seperti CAD/CAM/CAE/CAT.
Kebolehan pelatih setelah tamat latihan:
Setelah tamat pengajian, pelatih berkebolehan melakukan kerja-kerja yang melibatkan mesin CNC seperti mengaturcara, mengendali dan melakukan kerja-kerja baikpulih ke atas mesin CNC. Pelatih juga mampu mengendalikan mesin konvensional seperti mesin larik, mesin kisar dan mesin canai dengan ketepatan yang tinggi. Di samping itu, pelatih-pelatih juga berkemampuan untuk menggunakan sistem 3D CAD/CAM/CAE/CAT untuk kerja-kerja rekabentuk, analisa dan pembuatan.
Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
Teori Asas:-
- Teknologi Bahan
- Rekabentuk Kejuruteraan
- Asas Peralatan Mengukur
- Kakuatan Bahan
- Kejuruteraan Ergonomik
- Mekanik Dinamik, Mekanik Bendalir
Teori Khusus:-
- Teknologi Pengeluaran & Pemesinan
- Rekabentuk Mesin
- Kejuruteraan Kawalan
- CAD/CAM/CAE/CAT
- Teknologi Pembuatan Automatik
- Hidraulik & Pneumatik
Praktikal Asas:
- Asas Kejuruteraan
- Kejuruteraan Mekanikal
- Pemprosesan Automasi
- Kejuruteraan Simulasi
Praktikal Khusus:
- Pemesinan
- Rekabentuk & Penyenggaraan Sistem Pembuatan Automatik
- Kejuruteraan Robotik
- Rekabentuk Mesin
Kebolehan Pelatih setelah Tamat Pengajian
Setelah tamat pengajian, pelatih berkebolehan melakukan kerja-kerja yang melibatkan mesin CNC seperti pengaturcaraan, mengendali dan melakukan kerja-kerja baikpulih ke atas mesin CNC. Pelatih juga mampu mengendalikan mesin konvensional seperti mesin larik, mesin kisar dan mesin canai dengan ketepatan tinggi. Di samping itu, pelajar-pelajar juga berkemampuan untuk menggunakan sistem 3D CAD/CAM/CAE/CAT untuk kerja-kerja rekabentuk, analisa dan pembuatan.
Peluang-Peluang Pekerjaan Setelah Tamat Pengajian
Di antara peluang-peluang pekerjaan yang terbuka untuk lepasan Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan adalah:
Pengaturcara CNC (CNC Programmer)
Tool and Die & Mould Maker
Perekabentuk CAD/CAM
Juruteknik Pengeluaran
Perekabentuk Sistem Pembuatan Automatik
Juruteknik Penyelenggaraan
Penganalisa (CAE Analyst)
Pengawal Kualiti (QA/QC Controller)