Logo JTM

PENERAJU KEMAHIRAN TERBILANG

Moto: PENERAJU KEMAHIRAN TERBILANG

Peneraju bermaksud pemimpin

Kemahiran bermaksud kecekapan atau kepandaian

Terbilang bemaksud terkenal atau terkemuka

Secara ideologinya, moto ini menyatakan fungsi atau peranan bagi JTM iaitu bertindak sebagai peneraju atau pemimpin terkemuka yang menjadi wadah dalam melahirkan tenaga kerja mahir berketrampilan dan cekap sekaligus mempunyai daya saing serta mutu kerja yang tinggi sehingga berupaya menjadi penggerak dan pendukung dalam usaha merealisasikan kemajuan serta wawasan negara.

Dengan ini, JTM menjadi jabatan yang unggul sekaligus dapat menonjolkan imej positif JTM seterusnya meningkatkan martabat negara. Lantaran itu, ini dapat merealisasikan misi dan visi JTM