Kami di Jabatan Tenaga Manusia diamanahkan untuk membekal tenaga pekerja mahir, pengajar terlatih dan bimbingan kerjaya. Dengan itu:
- Kami berjanji akan menyediakan program latihan kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan Negara dan perkembangan teknologi semasa serta mengeluarkan pelatih-pelatih dan pelajar-pelajar yang kompeten, berkualiti dan berhemah tinggi.
- Kami berjanji untuk mengiklankan maklumat peluang-peluang latihan kemahiran di Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) kepada masyarakat umum dan memproses semua permohonan dalam masa 2 bulan dari tarikh permohonan ditutup.
- Kami berjanji untuk memberi khidmat nasihat dan perundingan latihan kemahiran terutamanya kepada industri-industri kecil dan sederhana.
Dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada Jabatan Tenaga Manusia, khidmat yang cemerlang dan berhemah tinggi adalah menjadi pegangan kami.