Perutusan Pengarah

Bismillah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pembangunan dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi
( ICT ) berupaya mengubah serta mencorak kehidupan manusia di mana-mana sahaja. Perkembangannya tidak dapat disekat dan berterusan mempengaruhi segenap bidang kehidupan manusia.

Kita telah menunjukkan keupayaan di masa lepas dengan mengubah asas ekonomi daripada pertanian kepada perindustrian. Sekali lagi kita perlukan pertukaran ekonomi mengikut arus sejagat daripada ekonomi yang bergantung kepada buruh murah kepada yang berteraskan pekerja berilmu ( k-worker ).

Adalah diharapkan pekerja mahir yang bakal dikeluarkan nanti pada era teknologi maklumat dan globalisasi ini dapat mengamalkan ilmu dan menggunakan nilai-nilai moral serta etika dalam membuat keputusan dan tindakan. Ledakan teknologi maklumat pada masa kini menjadi pemangkin dalam melahirkan pekerja berilmu yang dapat dibekalkan kepada sektor industri dalam segenap bidang kemahiran teknologi tinggi.


Selamat melayari laman web Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTi)

En. Zaihan bin Shukri

Pengarah JMTI



INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA
Plot 59, Lrg. 15, Tmn. Perindustrian Bkt. Minyak,
14100 Seberang Perai,
No. Tel: +06-04-5087800 samb. 2501
No. Fax: +06-04-5087809
zaihan@jmti.gov.my