DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KOMPUTER (DTKK)
- tkk's blog
- Login to post comments
Objektif Kursus
Objektif utama Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer adalah seperti berikut:
-
Menghasilkan tenaga mahir yang berpengetahuan dalam bidang sistem komputer.
-
Cekap dalam mengendali an menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan sistem komputer seperti sistem rangkaian, pengkalan data, sistem pengoperasian, perkakasan dan perisian.
-
Menghasilkan tenaga yang berpengetahuan dalam aspek-aspek asas pengurusan dan beretika kerja yang betul
Kurikulum Dan Silibus
Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer (DTKK) menkhusus kepada sistem komputer. Struktur kursus dibahagikan kepada empat kumpulan subjek-subjek teras iaitu Teori Asas, Amali Asas, Teori Khusus, Amali Khusus. Semua subjek-subjek ini adalah wajib. Berikut adalah ringkasan kumpulan subjek-subjek teras:
Basic Theory:
-
Computer Engineering
-
Computer Networking
-
Computer Programming
-
Database
-
Electronic Engineering
-
Operating System
-
PC Components
Basic Practice:
-
Computer Networking
-
Computer Programming
-
Computer Security
-
Electronic Engineering
-
Operating System
-
PC Assembly
Specialized Theory:
-
Computer Maintenance
-
Computer Graphics
-
Data Telecommunication
-
Database
-
Microprocessor
-
Network System
-
Software Engineering
-
Supervisory/Management Training
Specialized Practice:
-
Computer Maintenance
-
Computer Graphics
-
Data Telecommunication
-
Database
-
Microprocessor
-
Network System
-
Software Engineering
-
Management Project
-
Statistic
-
Programmable Logic Controller (PLC)
Selain dari subjek-subjek teras, pelatih juga diwajibkan untuk mengambil subjek-subjek AM iaitu:
- Bahasa Jepun.
- Pengajian Islam/Moral
- Matematik
- Fizik
Kebolehan Pelatih Setelah Tamat Pengajian
Setelah tamat latihan di JMTI, pelatih berkebolehan membangunkan aplikasi perisian di dalam persekitaran yang melibatkan windows dan Linux (open source) serta mahir dengan fungsi dan struktur komputer peribadi dan pelayan. Selain dari itu pelatih juga mampu melakukan kerja penyelenggaraan dan baikpulih sistem komputer. Mereka juga berkemampuan membangun dan memasang sistem jaringan, memanipulasi grafik komputer asas, pengkalan data dan teknologi web.
Peluang Kerjaya
Peluang kerjaya adalah terbuka luas dalam bidang sistem komputer dan sentiasa dalam permintaan. Antara profil kerja yang sesuai dengan lepasan program ini adalah:
-
Pembantu jurutera sistem
-
Pengaturcara komputer
-
Pembantu sistem Analisa
-
Juruteknik sistem komputer
-
Juruteknik rangkaian komputer
-
Pembantu tenaga pengajar
Syarat Kemasukan
Syarat kemasukan asas adalah seorang warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 26 tahun layak dan memenuhi syarat-syarat seperti berikut adalah layak untuk memohon.
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) DENGAN MENDAPAT KEPUJIAN DALAM 5 (LIMA) MATAPELAJARAN SEPERTI BERIKUT:
- BAHASA MALAYSIA,
- BAHASA INGGERIS,
- MATEMATIK atau MATEMATIK TAMBAHAN,
- FIZIK atau SAINS
- SATU MATA PELAJARAN YANG BERKAITAN
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) SEKURANG-KURANGNYA TAHAP 2 DALAM BIDANG YANG BERKAITAN SERTA Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) DENGAN MENDAPAT KEPUJIAN DALAM 5 (LIMA) MATAPELAJARAN SEPERTI DIATAS (a).
Yuran Pengajian
Kadar yuran pengajian adalah seperti berikut:
-
Yuran Pengajian RM 3000.00 setahun.
-
Yuran Asrama RM 616.00 setahun
Makanan dan minuman ditanggung sepenuhnya oleh institut.Kemudahan asarama juga disediakan kepada semua pelatih-pelatih baru.
Tempoh Pengajian
Tempoh Pengajian adalah selama 3 tahun (termasuk latihan dalam industri selama 6 bulan).
Biasiswa dan Pinjaman
Para pelajar boleh mendapat pinjaman dari:
-
Tabung Pembangunan Kemahiran (TPK)
-
Yayasan Kerajaan Negeri
-
Bank-bank tempatan
Pelajar-pelajar yang mendaftar kursus ini secara automatik layak memohon pinjaman dari Tabung Pembangunan Kemahiran dan segala urusan pinjaman akan diuruskan oleh pihak JMTI.
Persijilan
Pelajar yang tamat dengan jayanya akan dianugerahkan:
-
Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer (sistem)
-
Diploma Kemahiran Malaysia (sistem)
Hubungi kami
Sekiranya ada sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai-pegawai berikut (telefon: 8:00 pg - 5:00 ptg, waktu pejabat):
-
En. Abd Ghani bin Ahmad (ghani@jmti.gov.my - Penolong Pengarah, UPL). Tel : 04-5087800 samb: 2515
-
En. Mohd Nizam bin Harun (nizam@jmti.gov.my). Tel : 04-5087800 samb: 2204
-
En. Azilan bin Aria (azilan@jmti.gov.my). Tel : 04-5087800 samb: 2204



