DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRONIK

 

Pelajar yang mengikuti kursus program diploma dengan jayanya akan dianugerahkan 2 (dua) diploma yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). Program diploma yang ditawarkan mengikut bidang adalah seperti berikut:


Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik:
- Elektronik Industri
- Telekommunikasi

Diploma Kemahiran Malaysia (MLVK)
E-030-4 Pembantu Jurutera Elektronik Industri – Peralatan (Tahap 4)
E-030-5 Jurutera Elektronik Industri – Peralatan (Tahap 5)

Secara amnya, jabatan TKE bertanggungjawab dalam mengendalikan kursus-kursus kemahiran jangka panjang bagi lepasan sekolah dan sijil, juga kursus jangka pendek bagi pekerja mahir dan separa mahir dari industri yang berkaitan.

 

 

Pelajar akan diberikan asas yang kukuh dalam bidang elektronik dan teknik kawalan berasaskan kepada penggunaan teknologi elektronik terutama dalam bidang pengeluaran, pembuatan dan telekomunikasi. Mampu melaksanakan pengujian, analisa kerosakan dan baikpulih serta merekabentuk litar PCB, menganalisa litar elektronik, analisa data, membina sistem rangkaian komunikasi data, penggunaan PLC dan sensor untuk pengawalan dan penyelenggaraan. Pengkhususan adalah teknologi elektronik perindustrian serta teknologi kejuruteraan perhubungan.

Bidang Pekerjaan

Para graduan lulusan kursus ini berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah samada di dalam atau di luar negara.
Graduan yang telah tamat kursus ini dengan jayanya akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran dan bersedia memasuki bidang yang berhubung-kait dengan bidang elektronik sebagai penolong jurutera elektronik, penolong penyelia teknikal, penolong pereka litar elektronik, juruteknik kejuruteraan, juruteknik pengeluaran, penolong jurutera automasi dan sebagainya.

 

SYARAT KEMASUKAN:


Warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 26 tahun layak dan memenuhi syarat-syarat seperti berikut adalah layak untuk memohon.

(a).Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) DENGAN MENDAPAT KEPUJIAN DALAM 5 (LIMA) MATAPELAJARAN SEPERTI BERIKUT
i. BAHASA MALAYSIA,
ii. BAHASA INGGERIS,
iii. MATEMATIK atau MATEMATIK TAMBAHAN,
iv. FIZIK atau SAINS
v. SATU MATA PELAJARAN YANG BERKAITAN

(b).Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) SEKURANG-KURANGNYA TAHAP 2 DALAM BIDANG YANG BERKAITAN SERTA Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) DENGAN MENDAPAT KEPUJIAN DALAM 5 (LIMA) MATAPELAJARAN SEPERTI DIATAS (a).

YURAN:


Kadar Yuran
Berikut adalah kadar yuran pengajian untuk tahun 2004.

Yuran Pengajian
Setahun
RM 3000.00

Yuran Asrama
Setahun
RM 616.00

Makanan dan Minuman
Setiap tahun
Ditanggung sepenuhnya oleh institut.

BIASISWA / PINJAMAN:



Para pelajar boleh mendapat pinjaman dari :

-Tabung Pembangunan Kemahiran
-Majlis Amanah Rakyat (MARA)
-Yayasan Negeri

PERSIJILAN:


Pelajar yang tamat akan dianugerahkan :

-Diploma Teknologi
-Diploma Kemahiran Malaysia

HUBUNGI
Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila hubungi :

En. Sha'rani bin Taib
Tel : 04-5087800 samb: 2515

En. Mohd Nizam bin Harun
Tel : 04-5087800 samb: 2204

En. Azilan bin Aria
Tel : 04-5087800 samb: 2204

E-mel: upljmti@jmti.gov.my