Undang-undang

 

Undang-Undang

 

Pengiktirafan Diploma

1. Program kegiatan ko-kurikulum yang diiktirafkan terdiri daripada badan-badan beruniform seperti:-

Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia
Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
Jabatan Pertahanan Awam (JPA3)

2. Semua program kegiatan ko-kurikulum yang diiktirafkan oleh Institut Teknikal Jepun-Malaysia
diberi nilai maksima 2(dua) unit untuk tujuan penganugerahan diploma teknologi.

3. Pelatih diwajibkan mengikuti aktiviti ko-kurikulum selama 2 semester berturut-turut.
Sekiranya pelatih gagal berbuat demikian, pelatih dianggap gagal dan terpaksa mengulang
pada semester yang akan datang.

Waktu latihan
Setiap Isnin
Masa : 5.00 ptg hingga 7.00ptg

Syarat-Syarat Pendaftaran

1. Pelatih yang mendaftar program kegiatan ko-kurikulum hendaklah memenuhi semua keperluan atau syarat-syarat yang ditetapkan di dalam bidang kegiatan yang dipilih.

2. Pelatih wajib mengikuti satu aktiviti ko-kurikulum sahaja selama 2 semester.

3. Pelatih tidak dibenarkan menukar badan beruniform kepada badan beruniform yang lain.

Peraturan Am

1. Pelatih lelaki dikehendaki berambut pendek dan kemas seperti yang ditetapkan oleh institut.

2. Pelatih wanita Islam hendaklah menutup aurat sementara pelatih wanita bukan Islam pula rambut hendaklah diikat kemas ketika menjalani aktiviti ko-kurikulum.

3. Pelatih hendaklah sentiasa memakai pakaian seragam yang ditetapkan oleh badan beruniform.

4. Pelatih dikehendaki memakai kad Nama ketika menjalani aktiviti ko-kurikulum.

5. Pelatih dilarang berada atau balik ke asrama semasa aktiviti ko-kurikulum dijalankan kecuali dengan kebenaran Jurulatih atau pihak penyelaras.

6. Pelatih lelaki beragama islam digalakkan bersembahyang jemaah di surau pada waktu sembahyang fardhu.

7. Pelatih adalah dinasihatkan, supaya tidak membawa atau memakai barang-barang berharga atau wang berlebihan ketika menghadiri aktiviti ko-kurikulum. Pihak penyelaras atau jurulatih tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda persendirian.

Cuti

1. Tidak ada peruntukan dan kemudahan cuti rehat untuk semua pelatih semasa menjalani aktiviti ko-kurikulum.

2. Pelatih diberikan kelulusan cuti kecemasan hanya dalam keadaan yang mendesak sahaja seperti kematian ahli keluarga atau sakit. Bagaimanapun kelulusan boleh dipertimbangkan dalam keadaan tertentu bergantung kepada budibicara pihak penyelaras.

3. Pelatih yang memohon cuti kecemasan hendaklah menghubungi pihak penyelaras dengan segera dan membawa dokumen pengesahan berkaitan seperti sijil kematian atau sijil cuti sakit apabila kembali ke institut.

Aktiviti Ko-Kurikulum di luar JMTi

1. Pelatih wajib mengikuti setiap aktiviti yang dijalankan.

2. Pelatih yang tidak dapat mengikuti aktiviti di luar JMTi, hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak penyelaras ko-kurikulum.

3. Ketika mengikuti aktiviti ko-kurikulum di luar JMTi, pelatih diwajibkan menikut arahan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penyelaras atau jurulatih.

4. Semua perkara yang diwajibkan di dalam peraturan ini, sekiranya diingkari atau diabaikan adalah ditafsirkan sebagai kesalahan -kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.

5. Ketika menjalani aktiviti ko-kurikulum, disiplin pelatih juga tertakhluk kepada buku peraturan pelatih.

Kedatangan

1. Pelatih yang tidak hadir sebanyak 3 kali terkumpul tanpa sebarang kebenaran atau kelulusan pihak penyelaras, semasa aktiviti dijalankan sebagaimana jadual waktu yang ditetapkan adalah ditafsirkan gagal.

2. Jadual waktu ko-kurikulum adalah muktamad dan telah dipersetujui oleh pihak institut. Oleh itu pelatih tidak dibenarkan untuk memohon kepada mana-mana pengajar untuk mengadakan kelas tambahan/ganti pada waktu aktiviti ko-kurikulum dijalankan.

3. Sekiranya perkara di atas berlaku, pelatih dianggap tidak hadir pada hari berkenaan melainkan telah mendapat kebenaran daripada pihak penyelaras ko-kurikulum.

4. Pelatih wajib hadir ke aktiviti ko-kurikulum tepat jam 5.00 petang atau waktu yang telah ditetapkan oleh jurulatih atau pihak penyelaras.

Kelewatan

1. Kelewatan menghadiri latihan tanpa kebenaran adalah dianggap sebagai kesalahan tatatertib.

a) Sekiranya pelatih datang lewat 15 minit, tindakan tatatertib akan diambil oleh badan disiplin ko-kurikulum.

b) Sekiranya pelatih datang lewat selepas 15 minit, pelatih dianggap tidak hadir pada hari berkenaan.

Keputusan

Keputusan sama ada pelatih lulus atau gagal, ditentukan oleh jurulatih dan pihak penyelaras ko-kurikulum.