Kegiatan Ko-Kurikulum

Kegiatan Ko-Kurikulum

 


JABATAN PERTAHANAN AWAM ( JPA 3 )

Untuk mengadakan langkah-langkah pertahanan awam dan perkhidmatan bantuan kecemasan bagi mengurangkan kehilangan jiwa dan kerosakan harta benda yang disebabkan oleh bencana atau akibat tindakan musuh demi mewujudkan keselamatan yang menjamin kesejahteraan untuk pembangunan negara yang berterusan.




PERSATUAN BULAN SABIT MERAH



· Melatih para pelatih supaya memahami prinsip-prinsip pertolongan cemas untuk kegunaan diri, keluarga dan masyarakat pelatih.

  Melatih para pelatih supaya mempunyai kemahiran berkaitan dengan perkhidmatan pertolongan cemas dan bantuan bencana alam pada peringkat lanjutan.

  Melahirkan ramai pelatih atau jurulatih bagi pihak Pasukan bantuan sukarela, PBSM yang mampu mengembang, membentuk, memimpin dan merancang kegiatan kesukarelawan melalui kegiatan dan aktiviti persatuan di dalam kampus dan juga luar kampus khususnya setelah tamat pengajian.




KADET BOMBA DAN PENYELAMAT

Untuk menyediakan program dan pengurusan latihan kebombaan yang sistematik dan komprehensif demi menghasilkan tenaga manusia yang kompeten dan professional serta melahirkan masyarakat berbudaya keselamatan kebakaran.