Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi JMTI
Penubuhannya adalah menerusi kerjasama teknikal antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jepun hasil persetujuan dua hala yang dimeterai pada 7 Oktober 1997. Bermula Januari 2000, JMTI telah melaksanakan sepenuhnya program latihan di kampus tetapnya yang dibangunkan di atas tanah seluas 6.5 hektar di Taman Perindustrian Bukit Minyak, Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang.
Sejajar dengan itu, JMTi telah menawarkan Program Diploma Teknologi Kejuruteraan dalam empat bidang iaitu; Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer, Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik, Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik, Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan.
Matlamat utama penubuhan institut ini adalah untuk melahirkan tenaga kerja mahir berkualiti menerusi program latihan kemahiran pada tahap tinggi bagi memenuhi keperluan industri di Malaysia. Seterusnya menyediakan pelajar dalam menyesuaikan diri menghadapi perkembangan arus teknologi dan globalisasi masa hadapan.



