Jabatan Teknologi Kejuruteraan Komputer (JTKK)
- Printer-friendly version
- Login to post comments
PENGENALAN
Jabatan Teknologi Kejuruteraan Komputer (JTKK) mula beroperasi pada tahun penubuhan JMTI, 2000. Semenjak itu JTKK terus memberi perkhidmatan dalam menyediakan latihan bermutu berdasarkan 'hands-on' kepada lepasan-lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat di dalam bidang komputer.
Terdapat dua kursus dalam bidang sistem komputer yang dijalankan di JTKK iaitu:
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer (sistem) - KP/JPS (KA 6959) 7/11
- Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Komputer (sistem)
Pada masa yang sama kedua-dua kursus ini juga menawarkan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM-Tahap 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM - Tahap 5). JMTI adalah salah satu institusi pengajian yang pertama menawarkan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) di Malaysia di mana seliaannya adalah di bawah Jabatan Pembanguan Kemahiran (JPK).
Dari segi pengurusan, JTKK diketuai oleh seorang Ketua Jabatan dan dibantu oleh dua orang Ketua Bahagian. Di bawah Ketua Bahagian terdapat tiga unit yang berfungsi sama seperti di peringkat institut dan juga ibupejabat iaitu:
- Unit Pembangunan Kemahiran (UPK) - skop kerja utama termasuk pembangunan infrastruktur, perolehan dan penyelenggaraan peralatan latihan, bilik-bilik kuliah, makmal, asrama dan lain-lain prasarana latihan.
- Unit Pembangunan Latihan(UPL) - skop kerja utama termasuk pengurusan hal-ehwal pelatih seperti pengambilan, penginapan dan kebajikan pelajar, marketing dan promosi serta latihan industri.
- Unit Kawalan Teknikal (UKT) - skop kerja utama termasuk pembangunan silibus dan kurikulum, kawalan kualiti dan pengiktirafan, pembangunan kursus-kursus baru.
Pengajar-pengajar di JTKK adalah kompeten di dalam bidang pengkhususan masing-masing seperti sistem rangkaian komputer, sistem pengoperasian, teknologi web, perisian dan perkakasan. Kaedah latihan yang dilaksanakan adalah 'hands-on' di mana peratusan jam tembungan untuk sesi praktikal sekitar 60% dan teori hanya 40%. Latihan jenis ini dapat mengurangkan jurang proses re-training apabila pelajar memasuki alam pekerjaan sebenar. Selain dari itu, ia juga dapat memadankan keperluan bidang-bidang pengkhususan di dalam pasaran kerja sebenar.
Selain dari membekalkan perkhidmatan latihan secara sepenuh masa, JTKK juga banyak menjalankan kursus-kursus jangka pendek dan customized. Kursus-kursus ini banyak disertai oleh pekerja-pekerja industri di sekitar JMTI. Dalam memberi sumbangan kepada komuniti-komuniti terdekat, JTKK juga menjalankan kursus-kursus dan program-program ICT untuk pelajar-pelajar sekolah, pekerja-pekerja kerajaan dan swasta. Kursus-kursus ini berjalan sepanjang tahun samada berjadual ataupun berdasarkan permintaan.
Selain dari fungsi membekalkan latihan dalam bidang pengkhususan sistem komputer, JTKK juga dipertanggungjawabkan sebagai penyelaras, penyelia dan pengurus kepada keperluan-keperluan Information and Communication Technology (ICT) di JMTI. Di samping tugas ini, JTKK juga bertindak sebagai penasihat kepada JMTI dari aspek penggunaan dan pembangunan ICT.



