- Merekabentuk dan membangunkan kurikulum serta melaksanakan program-program latihan jangka panjang dalam bidang teknologi kejuruteraan elektronik industri dan telekomunikasi.
- Memperkenalkan pelajar kepada asas yang kukuh dalam bidang elektronik dan teknik kawalan berasaskan kepada penggunaan teknologi elektronik terutama dalam bidang pengeluaran, pengukuran dan telekomunikasi.
Selain daripada itu, JTKE juga perlu memastikan pelajar mampu:
- membuat pengujian, analisa kerosakan dan baikpulih peralatan elektronik.
- membuat pelbagai pendawaian elektrik 1 fasa dan menjalankan pengujian litar
- merekabentuk, menganalisa litar elektronik dan membina papan litar bercetak (PCB)
- mengunakan PLC, sensor dan sistem hydraulik untuk pengawalan sistem automasi komplek.
membuat pengaturcaraan (assembly dan machine language) untuk kawalan microprocessor dan micro-controller.
- menjalankan ujikaji menggunakan sistem pengukuran berautomatik (automatic measuring system).
- menjalankan latihan praktikal yang melibatkan asas sistem telekomunikasi.
- membuat pemasangan, penyelenggaraan dan menguji peralatan telekommunikasi serta memastikan tahap keselamatan berterusan.