Objektif Kualiti JTM

Objektif Kualiti Jabatan Tenaga Manusia Adalah:

  1. Memastikan peruntukan mengurus disalurkan ke ILJTM dalam tempoh 2 minggu selepas waran diterima daripada KSM
  2. Memastikan semua kakitangan JTM mengikuti sekurang-kurangnya satu program peningkatan kemahiran pada setiap tahun.
  3. Memastikan sekurang-kurangnya 85% dari perancangan latihan tahunan kakitangan dilaksanakan.
  4. Memberi respon kepada semua jenis pertanyaan dan aduan dalam masa 24 jam.
  5. Memberi jawapan kepada aduan pelanggan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh aduan diterima dan 7 hari bekerja dari tempoh memberi maklumat dari pihak ketiga.
  6. Memastikan pelajar-pelajar ILJTM disahkan layak dianugerahkan sijil/diploma berdasarkan J/K berkenaan dalam tempoh 8 minggu selepas tamat sesi latihan bagi semester tersebut.
  7. Memastikan kejyaan purata graduan bagi semua persijilan tidak kurang daripada 85% yang menduduki peperiksaan akhir.
  8. Memastikan tidak lebih 15% pelajar dibenarkan mengulang modul latihan melebihi tempoh latihan yang ditetapkan.
  9. Memastikan kurikulum latihan kemahiran dikaji semula sekurang-kurangnya selai dalam tempoh 5 tahun.
  10. Mengiklankan maklumat peluang latihan kemahiran bagi kursus jangka panjang di ILJTM selewat-lewatnya 3 bulan sebelum pengambilan.
  11. Mengeluarkan tawaran kemasukan bagi kursus jangka panjang selewat-lewatnya 3 minggu sebelum kursus bermula.
  12. Memastikan sekurang-kurangnya 80% daripada jumlah keseluruhan kapasiti perancangan pengambilan pelajar setahun dicapai.
  13. Melaksanakan sekurang-kurangnya 24 aktiviti promosi latihan kemahiran setahun di setiap ILJTM.
  14. Memastikan aktiviti pemeriksaan keselamatan di bahagian-bahagian latihan dan premis ILJTM dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja ILTJM.
  15. Melaksanakan sekurang-kurangnya 2 aktiviti  berkaitan penyelidikan dan pembangunan keperluan latihan teknikal melalui soal selidik dalam setahun.