Ketua Jabatan : Zaibidi bin Nordi
Jabatan Teknologi Kejuruteraan Mekatronik menawarkan pengkhususan dalam bidang:-
* Teknologi Automasi dan Robotik
* Teknologi Penyelenggaraan Mesin Berteknologi Tinggi
Jabatan ini mempunyai komitmen yang tinggi untuk membentuk teknologis mekatronik yang berkebolehan dalam menggabungkan teknologi yang berkaitan dengan mekanikal, elektronik dan komputer. Pelatih didedahkan dengan teknik merekabentuk system automasi seperti yang terdapat di sektor industri.
Kemudahan peralatan latihan utama di bawah jabatan ini merangkumi:-
* Makmal Robotik
* Makmal Machine Diagnosis
* Makmal Proses Kawalan
* Makmal Pneumatik & Hidraulik
* Makmal Programmable Logic Controller
* Makmal Sistem Mekatronik
* Makmal Motor Elektrik
Objektif Jabatan Teknologi Kejuruteraan Makatronik
Objektif Jabatan Teknologi Kejuruteraan Mekatronik adalah untuk melahirkan teknologis:-
* Beketrampilan menyelesaikan masalah dalam mengintegrasikan system dan teknologi elektronik, komputer dan mekanikal.
* Berkemahiran dalam menyelenggara peralatan industri berteknologi tinggi.
* Berkebolehan dalam merekabentuk sistem automasi menggunakan pengaturcaraan yang sesuai.
Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
Teori Asas
* Sains Kejuruteraan
* Prinsip Elektronik/ Elektrikal
* Asas Kejuruteraan Mekanikal
* Kawalan Kualiti
Teori Khusus
* Kejuruteraan Mekatronik & Elektronik
* Rekabentuk Sistem
* Kawalan Komputer
* Kejuruteraan Robotik
* Penyenggara Mesin Industri
Praktikal Asas
* Pemesinan Am Kejuruteraan Mekanikal
* Lukisan Asas Kejuruteraan
* Proses Informasi
* Elektrikal/ Elektronik Asas
* Programmable Logic Controller
Praktikal Khusus
* Kawalan Komputer & jujukan
* Kejuruteraan Motor Elektrik
* Robotik
* Kawalan Automasi
* Penyenggaraan Mesin
Kebolehan Pelatih Setelah Tamat Pengajian
Setelah tamat pengajian di JMTI, pelatih telah dilengkapi dengan pengetahuan serta kemahiran berhubung prinsip asas system kawalan, automasi kilang serta pendedahan dengan asas-asas elektronik, mekanikal serta teknologi maklumat. Jabatan ini berkeyakinan untuk melahirkan pelatih yang mampu mengendalikan system automasi kilang serta merekabentuk system kawalan terutamanya yeng melibatkan kawal-selia Programmable Logic Controller, Mikropemprosesan serta komputer.
Peluang-Peluang Kerjaya
* Juruteknik Industri
* Juruteknik Kawalan
* Pembantu Jurutera Mekatronik
* Pembantu Jurutera Robotik dan Automasi
* Juruteknik Penyelenggaraan Mesin
* Penolong Penyelia Teknikal