Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektronik (JTKE) ditubuhkan pada tahun 1997 dan mula beroperasi di kampus sementara iaitu di CIAST, Shah Alam. Jabatan ini telah berpindah ke kampus tetapnya di Japan Malaysia Technical Institute (JMTi), Pulau Pinang pada tahun 1999. Pada ketika ini, JTKE mempunyai seramai 21 orang kakitangan yang terdiri daripada tenaga-tenaga pengajar yang berkelayakan dan mempunyai kemahiran serta pengalaman yang mendalam di dalam melaksanakan program-program teknologi dan kejuruteraan. JTKE terbahagi kepada 2 bahagian: Secara amnya, JTKE bertanggungjawab mengendalikan kursus-kursus kemahiran jangka panjang bagi lepasan sekolah dan sijil dan juga kursus jangka pendek bagi pekerja mahir dan separa mahir dari industri yang berkaitan. JTKE dilengkapi dengan beberapa kemudahan makmal, bengkel dan bilik kuliah. JTKE sangat komited untuk memenuhi objektif jabatan agar matlamat utama JTM terlaksana.